DAFTAR SEKARANG SETIAP hukum disyariatkan kepada manusia bertujuan mendatangkan maslahah (kebaikan) dan menolak mafsadah (keburukan) sama ada pada agama, nyawa, keturunan akal, mahupun harta pada kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Bertepatan kedudukannya sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam, Islam tidak membiarkan manusia teraba-raba dalam mencari sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada mereka tanpa sebarang petunjuk dan panduan. Allah SWT menurunkan pelbagai perintah dan larangan untuk menjaga maslahah. Antaranya tuntutan memilih makanan yang menepati konsep halal dan baik atau ‘halalan tayyiban’. Banyak dalil daripada al-Quran dan hadis menganjurkan manusia memilih yang halal dan baik. Antaranya firman Allah SWT melalui surah Al-Baqarah, ayat 168 yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang ny...
Ulasan